Rock Goddess


Tammat
September 29, 2008, 10:53 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags:

Rutin harian aku yang bermula jam 7 pagi hingga 5 petang sejak 4 bulan lepas berakhir dengan rasminya hari ini. Report dah dicompilekan. Assignments semua dah dicompletekan. Koleksi-koleksi persendirian aku dalam PC semua dah diclearkan. Cubicle aku dah dibersihkan. Badge dah direturnkan. Segala isi hati yang tersurat mahupun tersirat batu bersurat batu belah batu bertangkup semua dah diluahkan. Semua? Eh tak…belum semua. *gelak gatal*

Dear Michael Dell,
It has been a great experience for me to be undertaking my internship program with DELL. I am notlooking forward to be absorbed as a permanent staff of DELL one day as i am excited as hell to serve you with efficiency, integrity and loyalty keep seeing the crazy beautiful friends i have made there.

XOXO,
kthxbye

Tempoh practical dah pon tammat. Lepas ni apa pula?

P/S: Voltan di paras 0V. Jejaka elektrik jauh denganku.

Advertisements


Aku PMS ke?
September 22, 2008, 9:06 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags:

Dah tak se-fun dulu bila aku tahu dia sudah tahu. No, wait, he KNEW waaaaaay 2 months before. Now i have a solid reason to be racist towards ______. Isu sensitif. esheomb. Damn you, Raj. Perlu ke kau jadi informer dia? Perlu ke kononnya kau nak tolong aku sampaikan isi hati? Perlu ke kononya kau care asal hati aku tak pecah beribu pieces? You are acting stupid do you realize that? Tidak? Now i’m telling ya.

*****

Pulang aja dari kantor, aku nampak kereta buruk hitam cabok mamak jiran depan rumah aku terparkir elok di parking spot aku. Memang parking spot aku redup dipayungi pohon-pohon rendang. Oh, but hello? You have your own garage and you effin rarely use it to keep your bloody fugly cars. Bukanlah aku nak kata kereta aku yang paling menawan perawan di neighbourhood aku, tapi apa salahnya kalau kau buang sikap inconsiderate kau tu? garage rumah aku dah penuh. kalaulah, kalaaaaaaaulah aku boleh park kereta aku atas bumbung rumah atau pun lipat-lipat kereta aku simpan dalam poket, aku takkan sumbat 2 biji buah pinang dalam ekzos kereta kau dan aku semestinya takkan gores dan menang kereta kau…HARI-HARI.

INI AMARAN KERAS
Keep my words here, lovely neighbour.
Aku akan gores dan menang kereta kau hari-hari sampai kau serik nak simpan kereta kau bawah pokok depan rumah aku. Aku repeat, DEPAN RUMAH AKU. Dan semestinya bilangan buah pinang yang akan aku sumbatkan dalam ekzos kereta cabuk kau pasti bertambah dari hari ke hari sampai dah tak muat ekzos kau. Mak aku tak marah aku buat macam tu. She knows.
I know you’re a lawyer, deal with it neighbour.

Aku tak kisah kalau garage kau dah tak punya ruang lansung untuk kereta-kereta kau. Masalahnya ialah garage kau sentiasa kosong. Dikosongkan untuk apa? Nak gilap tiles garage dengan perut kau hari-hari sampai berkilat? Adakalanya bila tiba rasa selfish, aku rasa benci hidup berjiran jika jiran aku semua macam mamak ni.

*****

Aku punya kenalan, Orangnya berbangsa Melayu. Aku kenal dia dah lama, through friends. Aku pernah ada hubungan istimewa dengan dia. Tapi honestly, aku tak pernah rasa pon dia istimewa. Hubungan saja namanya istimewa. Ikatan yang terjalin bukanlah atas dasar..what do you call it? special feelings? chemistry? current? electric? or whatever you name it. Manakan tidak, bertahan 2 minggu cuma. *gelak guling-guling*
He still texts me till now. He never fails to keep track of me tho he had lost his sim card or phone or whatever for God knows how many times.
Lets cut to the chase, aku terasa sungguh annoyed dengan semua text messages dia. Bukan baru sekarang, dari dulu lagi dah! Asal text aku je, speaking bahasa penjajah kemain berbunga-bungi. Jarang sekali lah dia berhasa Melayu bila berhubungan dengan aku. Tapi aku hairan apa. Kau cakap Mat Salleh dengan aku, aku masih berbahasa Melayu dengan kau. Lagi berbunga-bungi ayat kau, lagi kampong lah aku berbahasa. Tak kiralah kalau kau dulu pernah memegang title english debater handalan SBP. Do i effin care?

I smell anger in me. Tapi PMS lambat lagi. Kenapa ni?

P/S: Jejaka elektrik, voltan kau semakin lemah. Sentuh aku ketika aku basah, please?



Dear D,
September 17, 2008, 1:53 am
Filed under: Rock Goddess | Tags:

HOPE YOU HAD A FANTABULOUS BIRTHDAY!
Have great birthdays ahead with your loved ones.

Happy 22nd lovee!
Missed you and thanx for the Swensens treat.

Birthday Girl and the Boo

Birthday Girl and the Boo

Yummmyyyy. Aku dah ting-tong. Bergelen-gelen aiskrim dalam kantung perut aku.



Kenchang
September 15, 2008, 8:44 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags:

Saat kurasakan suicide itu paling indah

adalah saat aku dilemparkan dengan killer question dari prof y.p.s.
Gat dem.

Baru sahaja berdepan dengan barisan hiring managers dan supervisors dari MMU, sudah ku rasakan kenchangnya jiwa sekenchang dunia bagai nak timbul Dajjal. Aku nak kata “support” pon dikatakan bibirku “suffort”. Bukan sekali dua tapi berkali-kali. Ketar lutut aku bagai tak makan seribu hari.

Aku memang benci presentasi. Apatah lagi bila prof y.p.s. menggeleng-gelengkan kepalanya bila aku kelihatan seperti kurang pasti dengan grid control dan magnetic disk yang dipersoalkan. Memanglah aku tak tahu, the question is totally out of concept team aku. Haih, orang tua ni. Tak dengar ke apa yang aku bebelkan sepuluh minit di depan tadi. Teringatkan cicit di rumah mungkin.

Aku meraikan kebebasan dari azab kenchang prestasi dengan ke McD drive-thru. Seronoknya dapat pre-raya dulu.
Yehuuu!.



Johnny?
September 14, 2008, 10:22 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags:

Aku panggil dia Johnny
*malu*
Johnny lah motivator aku
Johnny yang aku cari dulu setiap pagi aku sampai office
bila aku marah dengan Johnny
aku picit-picit badan kuning Johnny
bila aku tak tahan sejuk
aku bega-bega scarf Johnny
ada gaya
bila aku rindu Johnny
……….

aku snap back to reality
tak mungkin
indah sangat angan-angan ku itu
kesejukan merangsang aku untuk berfantasi
jangan salahkan kuasa minda ku

P/S: i have friends and they are hornysexy. oh, fantasi!



Jatuh cinta
September 6, 2008, 11:05 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags: ,

Dari jauh aku nampak Dia. Segak. Bergaya. Sekali pandang, kelihatan typical. Aku maju ke arah Dia dengan gaya slambegedekgedek. Jauh terasa jarak aku dan Dia. Makin aku merapati, hati berdegup kencang 3 kali lebih pantas dari yang biasa.

Inikah rasanya cinta?

Aku berhenti 3 inci setengah jarak di hadapan Dia. Segak. Bergaya. Aku terpegun. Aku tertarik. Aku rasakan cinta. Aku tak hirau orang di sekeliling Dia. Aku berlalu pergi merapati yang lain. Saja aku jual mahal. Tapi hati aku hanya tertarik pada Dia. Damn! Macam mana ni? Tangan aku mula merembeskan titisan peluh. Resah gelisah.

Aku sentuh Dia. Aku pegang Dia. Bergaya.

Aku tengok harga…
“S**t, mahal giler 198hengget?! Dulu Giordano takde mahal canni. Nak tanak? Bank kat bawah je ni.”

Malaikat kata…
“Takyah. Bazir. Jimat-jimat. 198hengget boleh beli two items kat Pull & Bear.”

Aku termakan kata-kata Malaikat. Aku balik dengan rasa tak seberapa hampa. Aku cari Kau masa sale nanti!….Kalau Kau masih ada.

P/S: Si chantek LongBlackCardigan gelarannya.



Merindu – NOT!
September 5, 2008, 3:36 pm
Filed under: Rock Goddess | Tags:

Aku korek kotak silver aku untuk mencari bangle yang dah lama terbiar tak dipakai. Aku jumpa otromen-otromen lama yang aku simpan, yang mana tak sempat aku nak sampaikan.

bagaimana?
bila berjumpa
terasa lekas
bila tak bersama
terasa jauh

bagaimana?
bila berjauhan
acap kali berkelahi
bila berkelahi
jiwa rindu semakin menjadi jadi

mengapa?
harus berkelahi
tiap kali tak bersama
mengapa?
pasti lebih mengasihi
bila menitiskan air mata

mengapa?
jika dipisahkan sementara
kita bagai dilanda perang
mengapa?
bila tak bersua
ku sangka kau tak sayang

kerna aku terlalu merindu
dan ku tahu kau jua begitu
terlalu…

Bukanlah sebab aku terkenangkan kisah yang dulu. Sorry la weh. Aku tak punya masa untuk semua tu. Cuma baru tersedar…mengapa.

P/S: Tergelak sendiri. Aku tak jiwang.